Berita

Wanita Keadilan NS santuni penduduk di Jelebu

JELEBU: Pimpinan Wanita Keadilan Negeri Sembilan telah menyantuni penduduk di sekitar Jelebu bersama Wanita Keadilan Cabang Jelebu.

Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, YB Noor Zunita Begum berkata, aktiviti ini diadakan bagi bertanya khabar serta mengeratkan silaturahim bersama penduduk di sini.

“Selain itu, sumbangan serta kemaskini keperluan juga diambil bagi melihat keperluan mereka pada masa sekarang.

“Terima kasih kepada semua anggota wanita yang turut serta dalam aktiviti ini,” kata Zunita.

Show More

Related Articles

Back to top button