Berita

YDP MPPD turun padang lawat infrastruktur Port Dickson

PORT DICKSON: Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Tuan Hasnor Abd Hamid telah turun padang bagi meninjau projek yang berjaya diselesaikan di sekitar Port Dickson.

Hasnor berkata, lawatan tersebut juga bertujuan memperkukuh pengurusan bandar selain meningkatkan tahap keindahan persekitaran Port Dickson.

“Antara lokasi yang dilawati adalah Sempadan Tanjung Agas, Pantai Teluk Kemang, Pantai Bayu dan Pantaia Bagan Pinang.

“Pelbagai idea dan cadangan penambahbaikan dikemukakan yang merangkumi aspek pengurusan, kemudahan awam dan landskap bandar yang saya terima.

“Inisiatif ini diharap dapat memastikan Bandar Port Dickson kekal relevan, berdaya saing serta menjadi destinasi pilihan utama pengunjung,” kata Hasnor.

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap dan Pengindahann Bandadr, Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.

Show More

Related Articles

Back to top button