Zaidy sumbang set pakaian seragam sekolah kepada anak-anak Orang Asli

JERAM PADANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir telah menyerahkan set pakaian seragam sekolah kepada sembilan murid Darjah 1 dan 12 pelajar Tingkatan 1.
“Bantuan ini khusus disalurkan kepada anak-anak Orang Asli yang memasuki Darjah 1 dan Tingkatan 1.
“Program bantuan ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Jempol sebagai usaha berterusan memastikan kebajikan dan keperluan pendidikan anak-anak Orang Asli sentiasa terpelihara.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri 1 merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang telah memastikan inisiatif bantuan ini diteruskan demi kesejahteraan dan masa depan pendidikan anak-anak Orang Asli di seluruh negara,” kata Mohd Zaidy.
Mohd Zaidy berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Set Pakaian Seragam Sekolah Fasa 2 kepada anak-anak Orang Asli di DUN Jeram Padang.
Turut hadir bersama, Pengarah JAKOA Negeri Sembilan/Melaka, Shahrani Idderis.



