YB Kita

100 penduduk kampung terima anak pokok buah, galak aktiviti pertanian

KOTA: Program Penyampaian Insentif Anak Pokok Buah-Buahan (Touch Point) telah diadakan di Kampung Batang Nyamor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Suhaimi Aini berkata, seramai 100 orang penerima telah menerima tiga anak pokok buah-buahan, baja dan cangkul setiap seorang sebagai galakan untuk memperkukuh aktiviti pertanian dan menyemai semangat bercucuk tanam dalam kalangan penduduk setempat.

“Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Rembau atas inisiatif ini yang bukan sahaja menyokong ekonomi isi rumah, tetapi turut membantu mewujudkan persekitaran hijau dan lestari.

“Semoga usaha baik ini terus memberi manfaat kepada masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pertanian mapan di kawasan kita,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button