Berita

1,178 individu terima bantuan JKM di DUN Kota

SEREMBAN: Seramai 1,178 individu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di DUN Kota sehingga Oktober 2022.

Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, penerima Bantuan Warga Emas adalah paling ramai iaitu 521 orang, diikuti dengan Bantuan Kanak-Kanak seramai 215 orang.

“Bantuan Am seramai 205 orang dan bantuan golongan OKU iaitu Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya 116 orang.

“Bantuan Penjagaan Pesakit/OKU Terlantar 29 orang, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja 91 orang.

“Bagi Bantuan Anak Pelihara adalah seramai seorang.

“Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM497,420.” kata Nicole di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14.

Show More

Related Articles

Back to top button