Berita

198 tong sampah baharu untuk penduduk Taman Sri Mawar

SEREMBAN JAYA: Pelaksanaan program ‘Jom Tukar Tong Sampah Rosak’ yang berlangsung di perkarangan Surau Taman Sri Mawar telah berjaya menukar sebanyak 198 daripada 200 buah tong sampah yang sudah rosak kepada tong sampah baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren berkata, program ini adalah inisiatif Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya dengan kerjasama Ahli Majlis Bandaraya Seremban serta Kawasan Rukun Tetangga Taman Sri Mawar, sebagai sebahagian daripada usaha menjaga kebersihan kawasan kejiranan.

“Inisiatif ini bukan sahaja membantu penduduk mendapatkan kemudahan baharu, malah menyokong agenda bersama untuk mewujudkan persekitaran lebih bersih, selesa dan sihat.

“Saya berharap kerjasama erat antara komuniti, KRT dan pihak berkuasa tempatan dapat diteruskan demi kesejahteraan penduduk Taman Sri Mawar dan seluruh Kawasan,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin serta barisan urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

Show More

Related Articles

Back to top button