Berita

300 individu kurang kemampuan terima sumbangan kewangan daripada Tengku Zamrah

AMPANGAN: Seramai 300 individu kurang kemampuan di DUN Ampangan telah menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

Tengku Zamrah berkata, 300 individu tersebut terdiri daripada warga emas, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan pelajar sekolah.

“Sumbangan yang diberikan semua merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan seperti SUmbangan Keceriaan Warga Emas, Bantuan Anak negeri dan Bantuan Anak Sekolah.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan adalah sebanyak RM83,000.

“Semoga dengan bantuan ini mampu meringankan beban dan juga memberi senyuman manis buat penerima,” kata Tengku Zamrah.

Show More

Related Articles

Back to top button