SEREMBAN: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 bagi setiap murid dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga.
Agihan BAP dilakukan melalui sekolah secara kredit ke akaun murid atau secara tunai.
📌 Melibatkan 11,860 buah sekolah di seluruh negara.
📌 Memberi manfaat kepada 4,680,085 orang murid.
📌 Nilai peruntukan keseluruhan RM702,012,750.