Berita

49 pelajar sekolah rendah terima bantuan kewangan dari Teo

BAHAU: Seramai 49 orang peajar sekolah rendah telah menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong.

Teo berkata, bantuan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri di bawah Bantuan Anak Sekola (BAS).

“Pelajar akan menerima wang tunai sebanyak RM600 setahun seorang sebagai usaha untuk meringankan beban kewangan ibu bapa mereka dalam menampung perbelanjaan anak-anak.

“Melalui bantuan ini, diharapkan ia dapat memberi sedikit kelegaan pada permulaan sesi persekolahan baharu, sekali gus membolehkan para pelajar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran dan mengejar impian masing-masing.

“Pendidikan merupakan asas penting dalam melahirkan generasi pewaris masa depan negara. Perkembangan dan pembelajaran anak-anak memerlukan sokongan serta keprihatinan daripada semua pihak.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan para pelajar agar menghargai peluang pendidikan yang ada, berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran, serta menjadi insan yang dapat menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.

“Pada masa yang sama, saya merakamkan penghargaan kepada ibu bapa atas segala pengorbanan dan komitmen dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik.

“Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan serta menyalurkan pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada pendidikan akibat kekangan kewangan,” kata Teo.

Show More

Related Articles

Back to top button