Berita

69 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan

SEREMBAN: Seramai 69 warga asing berjaya ditahan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam satu serbuang yang dilakukan pada jam 1 pagi Rabu di Taman Bandar Baru Senawang.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, warga asing tersebut berasal daripada Bangladesh dan Indonesia termasuk lapan orang wanita dalam lingkungan 24 tahun hingga 60 tahun.

“11 daripada mereka ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 mengikut Seksyen 6 (1)(c) iaitu tidak mempunyai pas dan dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15 (1)(c) iaitu tinggal di negara ini melebihi masa.

“Hasil siasatan mendapati mereka telah tinggal di kawasan ini lebih lapan tahun dengan dilengkapi sumber air dan bekalan elektrik yang dipercayai dicuri selain turut bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri.

“Lokasi ini juga pernah diambil tindakan pada 2009, namun kini makin berkembang.

“Kita percaya bahawa kawasan ini dahulunya merupakan tempat tinggal pekerjaan pembinaan dan selepas habis projek, mereka masih tinggal di sini walaupun sudah bekerja di kawasan pembinaan lain.

“Kita sedang menyemak status tanah ini dan tindakan selanjutnya akan diambil termasuk merobohkan struktur premis sekiranya ia tiada kebenaran.

“Kesemua yang ditahan akan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button