Berita

80 keluarga kurang kemampuan terima sumbangan Hari Raya

JEMPOL: Pejabat Daerah dan Tanah Jempol telah menyantuni 80 keluarga kurang berkemampuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Pegawai Daerah Jempol, Puan Nawal Mohamed Amin, sebanyak 80 keluarga iaitu 10 keluarga di DUN Serting, Palong, Jeram Padang, Bahau dan Sungai Lui serta 27 keluarga yang tinggal di PPRT dalam Daerah Jempol telah menerima sumbangan makanan seperti kuih raya, makanan kering dan wang tunai untuk perbelanjaan sambutan Hari Raya.

Manakala tiga buah keluarga miskin tegar turut terpilih dalam program tahun ini.

Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga terbabit semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Show More

Related Articles

Back to top button