Berita

Bayi ‘kehilangan’ ibu bapa dapat perhatian MAINS

SEREMBAN: Seorang bayi berusia 18 bulan, anak kepada pasangan suami isteri yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Persiaran Forest Height mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Lebih memilukan, pasangan tersebut baru mendirikan rumah tangga setahun lalu.

Anak tersebut kini dalam jagaan keluarga bapa kandung mangsa di Sikamat.

Pegawai (Operasi) 2 MAINS Daerah Seremban, Encik Mohd Hafiz Abu Yazid telah menyampaikan bantuan wang tunai segera dan pihak MAINS akan menyalurkan bantuan susulan selepas ini.

Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah Seremban, Puan Nurul Huda Musa; Penghulu DUN Sikamat, Encik Mohd Faihas Md Sharif dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sikamat, Encik Abdul Razak Zakaria.

Show More

Related Articles

Back to top button