BeritaMenarik

909 Generasi Baharu Felda berpeluang miliki rumah

SEREMBAN: Kebajikan dan keperluan para peneroka Felda menjadi keutamaan Kerajaan Negeri melalui pelan inisiatif Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan.

EXCO (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, antara perkara terpenting yang sedang Kerajaan Negeri laksanakan adalah penyelesaian isu Perumahan Generasi Baharu Felda atau PGBF.

“Rentetan daripada itu, hasil perbincangan dan laporan status terkini pelaksanaan PGBF di Negeri Sembilan, saya ingin memaklumkan bahawa sebanyak 909 unit rumah bakal disediakan bagi generasi baharu Felda untuk tahun 2024 ini.

“Ia merangkumi 70 unit PGBF di Felda Pasoh 2, 239 unit di Felda Bukit Jalor, 300 unit di Felda Bukit Rokan Utara dan 300 unit di Felda Palong 8.

“Saya akan terus memantau dan memastikan isu-isu melibatkan Felda ini terus diperkemaskan dari semasa ke semasa,” kata Jalaluddin yang juga ADUN Pertang.

Show More

Related Articles

Back to top button