Berita

Mula Oktober kenderaan asing Singapura wajib miliki VEP

PUTRAJAYA: Bermula 1 Oktober ini, semua kenderaan asing daripada Singapura wajib memiliki Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP) di sempadan Malaysia-Singapura.

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook berkata, buat masa ini kita beri tempoh sehingga empat bulan untuk mana-mana kenderaan yang belum lagi memasang VEP.

“Setelah pendaftaran di portal siap, mereka diberi pilihan sama ada menerima tag berkenaan secara pos atau ambil sendiri ke Pusat Kutipan Tag RFID VEP (VCC) di Johor Bahru, Johor.

“Untuk sebarang persoalan mereka boleh menghubungi kita di +603-794-12888 atau boleh mengakses maklumat lanjut di portal VEP melalui laman sesawang https://vep.jpj.gov.my,” kata Loke.

Show More

Related Articles

Back to top button