Berita
95 keluarga terjejas banjir terima sumbangan kewangan daripada Ahmad Faez
LABU: Penyelaras DUN Labu, Ahmad Faez Abdul Razak telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 95 keluarga di Kampung Gadong yang terjejas dengan kejadian banjir.
“Hujan yang berterusan serta lebat mengakibatkan air memasuki kawasan rumah penduduk.
“Sebanyak 95 buah rumah terlibat dengan kejadian banjir ini.
“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa banjir,’ kata Ahmad Faez.
Ahmad Faez berkata, Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu akan terus memantau dan akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya berkaitan kejadian banjir ini.