Berita

986 penerima TUNS kini nikmati perlindungan keselamatan sosial

SEREMBAN: Sebanyak 986 penerima Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) 2023 kini menikmati perlindungan keselamatan sosial PERKESO menerusi Skim Pekerjaan Sendiri (SPS).

Ketua Eksekutif PKNNS, Puan Rusmimah Mat Derus berkata, mereka hanya perlu membayar sebanyak 20% (RM46.60) sahaja.

“Manakala baki bayaran sebanyak 80% (RM186.20) akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

“Sebanyak lapan faedah disediakan iaitu Faedah Hilang Upaya Sementara, Hilang Upaya Kekal, Orang Tanggungan, Elaun Layanan Sentiasa, Pengurusan Mayat, Pendidikan dan Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional.

“Perlindungan ini juga disediakan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1967, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Ruri rumah 2022,” kata Rusmimah.

Show More

Related Articles

Back to top button