Berita

Kuasai Bahasa Melayu tanggungjawab semua anak Malaysia

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin berkata, menguasai Bahasa Melayu adalah tanggungjawab kepada semua anak Malaysia.

“Hal ini adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan kita.

“Ia juga penting untuk menepis tohmahan bahawa murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) gagal kuasai bahasa tersebut,” kata Cha.

Cha berkata demikian sewaktu menyantuni pelajar yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa 2.

Show More

Related Articles

Back to top button