Ada yang suka, ada yang marah tapi ini lumrah seorang wakil rakyat

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah menerima banyak permohonan untuk mendapatkan peruntukan, daripada pelbagai pihak, termasuk NGO, individu, rumah ibadat, sekolah dan sebagainya.
Sebelum ini, tidak sempat meneliti banyak permohonan kerana menghadiri sidang Parlimen.
Kini, sudah selesai sesi Parlimen, saya akan meneliti setiap satu permohonan, sambil berlandaskan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak ICU Jabatan Perdana Menteri.
Saya mula meneliti setiap satu permohonan sejak 9.00 pagi tadi.
Selain itu, saya juga akan bertemu dengan banyak pihak terutamanya pihak sekolah yang ingin berjumpa dengan saya berhubung dengan permohonan peruntukan mereka.
Memang bukan semua permohonan dapat dipenuhi kerana terlalu banyak permohonan yang diterima.
Akhirnya akan ada yang suka dan akan ada yang kecewa, malah memarahi saya, tetapi ini adalah lumrah dan kelaziman yang berlaku setiap tahun.
Cha Kee Chin
Ahli Parlimen Rasah