Berita

Akibat kencing tikus, Taman Eko Rimba ulu Bendul ditutup sementara

SEREMBAN: Taman eko Rimba Ulu Bendul ditutup buat sementara waktu sehingga 24 Mei ini kerana disyaki leptospirosis atau kencing tikus di kawasan itu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Mohd Yussainy Md Yusop berkata, penutupan yang dilakukan itu adalah bagi membolehkan pihak pengurusan menjalankan kerja sanitasi, pembersihan rapi dan pemantauan kualiti air demi memastikan keselamatan pengunjung terjamin.

“Sebelum itu kami menerima laporan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah yang memaklumkan terdapat dua kes disyaki kencing tikus berlaku di kawasan tersebut.

“Keselamatan dan kesihatan orang awam adalah keutamaan kami.

“Oleh itu, orang awam dilarang menceroboh masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh penutupan dan kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan sedia ada,” kata Mohd Yussainy.

Show More

Related Articles

Back to top button