Berita

Pemberian ‘lot tersepit’ kepada generasi baharu FELDA perlu diperhalusi

SEREMBAN: Pengurusan FELDA Wilayah Raja Alias telah mengenalpasti 530 lot tersepit di dalam rancangan FELDA.

EXCO (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, Walau bagaimanapun, pemberian ‘lot tersepit’ kepada generasi baharu FELDA perlu diperhalusi dengan mengambil kira isu berkaitan perundangan dan Pewartaan GSA (sama ada perlu pembatalan atau mengekalkan).

“Sekiranya pemberian lot tersepit ini dapat dilaksanakan, ianya perlu dilaksanakan secara sistematik dan kawalan pelaksanaan dapat dilakukan Bersama antara Pihak Berkuasa Negeri dan FELDA.

“Berkenaan dengan isu lot generasi pula, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pemberian Lot Generasi FELDA di FELDA Palong 12 dan 13 adalah merupakan projek perintis bagi skim pemberian lot kediaman generasi baharu di Negeri Sembilan.

“Pihak FELDA melalui Pejabat SUK Negeri Sembilan dan Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF) serta agensi-agensi teknikal yang lain telah mengadakan beberapa siri libat urus secara Bersama bagi mengeluarkan satu garis panduan dan terma rujukan dalam pelaksanaan Lot Generasi Baharu FELDA (LGF) di Negeri Sembilan.

“Sehingga kini penetapan kaedah dan konsep pelaksanaan pemberian Lot Generasi Baharu FELDA (LGF) masih belum dimuktamadkan oleh Kerajaan Negeri dan agensi-agensi berkaitan,” jelas Jalaluddin.

Jalaluddin berkata demikian bagi menjawab soalan ADUN Sungai Lui, Dato’ Mohd Razi Mohd Ali (BN) di Persidangan Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Mohd Razi membangkitkan soalan berkenaan isu perumahan di tanah rancangan FELDA yang membelenggu di kalangan generasi kedua dan ketiga peneroka.

Show More

Related Articles

Back to top button