Aminuddin bidas dakwaan ‘orang luar’ Negeri Sembilan tiada inisiatif pendidikan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun membidas dakwaan ‘orang luar’ yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan tidak melakukan sebarang usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan di negeri ini.
Aminuddin berkata, kenyataan tersebut seolah-olah Kerajaan Negeri tidak mengetahui apa-apa mengenai pendidikan.
“Sedangkan kita tolong pelajar, bukan sahaja mereka yang berjaya menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), kita bagi sumbangan sehingga RM1,500 untuk peringkat ijazah dan RM750 untuk diploma.
“Anak-anak kita yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kita bagi tuisyen percuma
“Ini adalah usaha untuk kita pastikan Negeri Sembilan menduduki tempat pertama atau kedua dalam negara untuk keputusan SPM.
“Yang bercakap mengenai Negeri Sembilan tak tahulah dia nombor berapa walaupun dia Exco Pendidikan di sebuah negeri di utara.
“Dia tidak tahu nak bezakan apabila dia bercakap, dia bercakap di mana,” ujar Aminuddin.



