Berita
MPPD tinjau tahap pematuhan lesen peniaga

PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) turun padang bagi meninjau tahap pematuhan peniaga terhadap lesen perniagaan.
Tinjauan tersebut melihat tahap kebersihan kawasan premis, keselamatan dan juga keselesaan pengunjung.
Turun padang ini juga memberi peluang kepada peniaga untuk mendapatkan penerangan serta khidmat nasihat berkaitan peraturan pelesenan yang berkuat kuasa.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Majlis dalam memastikan kawasan pelancongan sentiasa terurus, bersih dan kondusif demi kesejahteraan komuniti serta pengalaman terbaik kepada para pengunjung.



