Berita

Aminuddin gesa alumni bantu SK Kampung Sawah

CHUAH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menggesa alumni Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah, Chuah agar membantu sekolah tersebut dalam aspek yang memerlukan.

“Ramai alumni sekolah ini yang sudah berjaya dalam karier.

“Ada yang berjawatan pegawai tinggi DG 52, DG 54 dalam kerajaan. Ada yang dah menjadi doktor, pensyarah, jurutera dan ahli perniagaan.

“Jangan hanya serahkan pembangunan pendidikan kepada kerajaan sahaja.

“Ingatlah jasa guru-guru yang mendidik kita di sekolah ini dan bantulah sekolah ini apabila memerlukan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah bagi tahun 2022/2023.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Chuah, YB Yew Boon Lye.

Show More

Related Articles

Back to top button