Berita

Bayar sumbangan PIBG, anak-anak dapat keberkatan ilmu

CHUAH: Golongan ibu bapa dinasihatkan membayar sumbangan PIBG agar pihak sekolah dapat menjalankan pelbagai aktitivi pendidikan dan ko-kurikulum demi kemajuan pelajar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, pada tahun 80an dan 90an dipanggil yuran PIBG.

“Sekarang dipanggil sumbangan PIBG. Saya mohon golongan ibu bapa mengambil serius berkenaan sumbangan PIBG.

“Sumbangan PIBG perlu bagi membantu pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti demi kecemerlangan akademik pelajar.

“Malah sumbangan PIBG juga boleh membantu pihak sekolah menyediakan suasana kelas yang lebih kondusif seperti Smart TV atau Smart Board.

“Kalau hendak keberkatan ilmu, tolonglah bayar sumbangan PIBG,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah bagi tahun 2022/2023.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Chuah, YB Yew Boon Lye.

Show More

Related Articles

Back to top button