Menarik

Negeri Sembilan peruntuk RM11.8 juta untuk pendidikan

CHUAH: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM11.8 juta menerusi Belanjawan 2024 untuk sektor pendidikan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, peruntukan ini termasuk Bantuan Anak Sekolah sebanyak RM900,000, Biasiswa Anak Negeri RM800,000, Bantuan Sekolah Tahfiz dan Swasta RM2 juta dan Program Fast Track Lepasan Tahfiz RM500,000.

“Bagi anak-anak Negeri Sembilan di universiti yang kurang berkemampuan, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) menawarkan bantuan sara hidup sebanyak RM150 sebulan.

“Sekiranya anak-anak ini memerlukan komputer riba untuk penjagian mereka, YNS juga menawarkan komputer riba percuma mengikut spesifikasi atau keperluan bidang pengajian mereka.

“Bagi siswazah cemerlang kelas pertama, YNS juga memberikan insentif sebanyak RM5,000,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah bagi tahun 2022/2023.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Chuah, YB Yew Boon Lye.

Show More

Related Articles

Back to top button