Berita

Aminuddin prihatin nasib mangsa kebakaran

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun prihatin terhadap nasib yang menimpa Encik Shamsuddin Hamzah.

Aminuddin berkata, Encik Shamsuddin ditimpa musibah kerana rumah beliau di Taman Palma Jaya Perdana terbakar.

“Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada litar pintas dan menyebabkan kerosakan yang agak teruk pada rumah beliau.

“Saya telah menyerahkan bantuan kewangan kepada beliau bagi membantu meringankan beban.

“InsyaAllah, saya doakan semoga beliau diberikan kesabaran dan kekuatan untuk mengharungi ujian ini dan meyakini hikmah Allah atas takdir yang ditentukan,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button