Aminuddin sasar jumlah pelaburan tahun ini lebih daripada tahun lalu

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun mensasarkan jumlah pelaburan pada tahun ini dapat mengatasi pencapaian pada tahun 2024.
“Kita berusaha memastikan bahawa hasil negeri dapat dikutip dengan baik dan dibelanjakan semula untuk rakyat.
“Kita nampak pembangunan yang kita laksanakan ini merupakan satu perkara yang dalam urusan dan perhatian kita dari semasa ke semasa.
“Bagi tahun 2024, Negeri Sembilan merekodkan nilai pelaburan yang diluluskan sebanyak RM7.25 bilion dan ini satu jumlah yang besar.
“Ini melibatkan RM3.43 bilion dari pelaburan asing dan RM3.82 bilion pelaburan domestik.
“Justeru itu, untuk tahun ini, kita mensasarkan jumlah pelaburan dapat mengatasi angka tahun 2024,” kata Aminuddin.
Amnuddin berkata demikian semasa sidang media selepas Istiadat Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Ke-15.