Berita

Bakri agih limau Mandarin di DUN Klawang

KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir mengagihkan limau Mandarin kepada masyarakat Tiong Hua di DUN Klawang.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya mengagihkan limau Mandarin kepada masyarakat Tiong Hua di Kampung Hosapa, Ladang Jelebu, Kampung Batu Serambai dan Kampung Larong.

‘Saya ucapkan Xin Nian Kuai Le ataupun Selamat Tahun Baru bukan sahaja kepada semua masyarakat Tiong Hua.

“Semoga sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini lebih meriah dari tahun sebelumnya,” kata Bakri.

Bakri turut mengagihkan limau Mandarin kepada ‘frontliners’ di Ibu Pejabat Daerah Polis Jelebu, Angkatan Pertahanan Awam Jelebu dan Bomba Jelebu.

Turut hadir, Ahli Majlis Daerah Jelebu, Encik Lim Pooh Jern; Encik Peter dan Encik Wong Ai Lan serta Pengerusi MPKK Batu Serambai, Encik Nazri dan Pengerusi MPKK Kampung Larong, Encik Sudin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button