Berita

Anwar, Johari dan MITI bincang kukuh daya saing Malaysia

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Menara MITI.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Dato’ Seri Johari Abdul Ghani, serta barisan pengurusan tertinggi kementerian.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha MITI, Dato’ Hairil Yahri Yaacob.

Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada hala tuju strategik kementerian serta perkembangan terkini sektor pelaburan, perdagangan dan industri negara.

Perbincangan turut merangkumi usaha memperkukuh daya saing Malaysia serta memantapkan perancangan ekonomi nasional, selaras dengan agenda pembangunan ekonomi negara.

Show More

Related Articles

Back to top button