BeritaKolumnisVideo

Arul tinjau kerja naik taraf Terminal 1

SEREMBAN: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar telah turun padang bagi meninjau kerja naik taraf Terminal 1 yang sedang dijalankan.

Arul Kumar berkata, beberapa kekurangan juga turut diambil perhatian.

“Saya telah meminta kepada syarikat berkenaan untuk memperbaiki kekurangan di dalam terminal untuk menjadikan ia lebih menarik.

“Pada waktu ini, Kerja naik taraf kawasan luar Terminal 1 sudah pun memberikan satu imej yang baik kepada mereka (Terminal 1).

“Walaupun begitu, tidak semua kerja telah selesai dilaksanakan,” kata Arul Kumar.

Dalam pada itu, Arul Kumar turut melawat laluan mural di sekitar Bandar Seremban.

“Terdapat beberapa perbincangan terhadap kerja yang boleh dilakukan untuk menceriakan kawasan seperti Benteng Walk dan Sungei Ujong Walk untuk menaikkan lagi seri di Bandar Seremban ini,” kata Arul Kumar.

Turut Hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan lee Koon, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Masri Razali.

Show More

Related Articles

Back to top button