Berita

Arul tinjau masalah di Lake Garden

SEREMBAN: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar telah turun padang bagi meninjau permasalahan di taman rekreasi Lake Garden, Seremban.

Arul Kumar berkata, tinjauan tersebut adalah bagi mengenal pasti kerosakan dan landskap yang tidak diurus dengan baik di sini.

“Hal ini kerana taman rekreasi ini berada di kawasan bandar.

“Taman rekreasi ini juga merupakan kawasan tumpuan untuk orang ramai bersenam pada setiap pagi dan petang.

“Oleh itu ia perlu dijaga supaya memberi imej yang baik kepada negeri ini.

“Dalam masa sama, saya juga meminta supaya Belanjawan Majlis Bandaraya Seremban tahun hadapan memperuntukkan bahagian bagi menaik taraf Lake Garden,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button