BeritaMenarik

BAJET 2025: Negeri Sembilan peruntuk RM2 juta untuk Jualan Nismilan Prihatin

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengambil cakna akan suara keluh kesah rakyat berkaitan kos sara hidup.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, bermula tahun 2022, Kerajaan Negeri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi menjayakan inisiatif Jualan Nismilan Prihatin iaitu jualan barang-barang keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak, sayur-sayuran dan daging pada harga murah sehingga 30 peratus lebih rendah dari harga pasaran.

“Program ini ternyata mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di seluruh kawasan DUN setiap minggu.

“Saya amat terharu dengan kesudian kakitangan kerajaan dan sukarelawan yang sanggup berkorban tenaga menyembelih ayam, memproses, membungkus dan menjual barangan setiap minggu di tujuh lokasi di seluruh Negeri Sembilan.

“Hanya Allah yang layak membalas kebaikan tuan puan semua atas usaha murni ini.

“Untuk itu, sebanyak RM2 juta akan diperuntukkan pada tahun hadapan bagi meneruskan Jualan Nismilan Prihatin,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button