BeritaMenarikProgram

Bantuan ibu tunggal berjumlah RM1.2 juta bermula tahun 2025

SEREMBAN: Golongan ibu tunggal adalah wanita yang berseorangan tanpa suami dan bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan menjalankan dwifungsi iaitu sebagai penyara dan pengurus keluarganya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, bagi menghargai golongan ibu tunggal, sebanyak RM1.2 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2025.

“Tidak dilupakan adalah golongan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan, akan menerima sumbangan one-off sebanyak RM200 seorang menerusi peruntukan berjumlah RM1.2 juta.

“Inisiatif ini dikenali sebagai Bantuan Care For You (C4U) Ibu Tunggal,” katanya.

Aminuddin berkata demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2025 di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban baru-baru ini.

Show More

Related Articles

Back to top button