BeritaMenarik

Cari kaedah kurangkan kebergantungan import produk pertanian

PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Dato’ Seri Mohamad Sabu telah mengadakan pertemuan dengan syarikat Agrotech Farming Sdn Bhd di Wisma Tani, Putrajaya.

Mohamad berkata, fokus perbincangan berkait dengan kaedah untuk mengurangkan kebergantungan kepada import produk pertanian dari luar negara.

“Saya lihat, syarikat Agrotech Farming ini mempunyai jaringan hubungan yang baik dengan pengeluar produk pertanian di negara India yang berminat untuk menjalankan kerjasama untuk meluaskan pasaran di Malaysia.

“Syarikat juga mempunyai kepakaran penyelidikan dalam sektor pertanian khususnya penanaman organik.

“Saya telah menyarankan kepada Agrotech Farming untuk terlibat sama dalam MAHA 2024 nanti serta peluang dan ruang yang lebih besar akan tersedia dalam sesi padanan perniagaan yang bakal berlangsung di sana nanti,” kata Mohamad.

Show More

Related Articles

Back to top button