Berita

KPT arah Universiti Malaya lebih tegas dalam isu sensitif

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius isu yang berlaku di Universiti Malaya dan telah mengarahkan laporan segera dikemukakan.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Senator Dato’ Seri Dr.Zambry Abdul Kadir berkata, KPT mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.

“Walaupun Institut Pengajian Tinggi diberi autonomi untuk memutuskan program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia.

“Setiap pihak perlu peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dan program yang dianjurkan di mana-mana institusi di bawah KPT.

“Sekiranya kesarjanaan seseorang diselaputi dengan pelbagai kontroversi dan nilai akademik yang dipertikaikan, kenapa harus dibawa menjadi sarjana pelawat,” kata Zambry.

Susulan itu, Zambry telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.

Show More

Related Articles

Back to top button