BeritaMenarik

Cenviro diminta pastikan lestari alam sekitar

SEREMBAN: Pusat Pengurusan Sisa (intergrated waste management), Cenviro diminta bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dalam memastikan kelestarian alam sekitar terjaga demi kesejahteraan penduduk sekitar.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam berkata demikian di Majlis Perasmian Minggu Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE) Cenviro 2024 dan Pelancaran Jentera Bomba dan Fire Hazmat di Cenviro Sdn Bhd, Sendayan.

“Syabas kepada Cenviro yang menjalankan minggu HSSE sebagai program tahunan serta melibatkan semua kakitangan serta kontraktor Cenviro.

“Selain itu, program sebegini merupakan langkah yang baik serta mampu meningkatkan pemahaman dan kesedaran tentang keselamatan dalam kehidupan harian terutamanya dalam premis ini,” ujar Veerapan.

Dalam pada itu, beliau juga mengimbas kembali insiden kebakaran yang berlaku di tempat ini serta kepantasan pihak yang mengawal kebakaran termasuk bomba dan kakitangan Cenviro.

“Saya dimaklumkan bahawa pihak Cenviro telah menerima jentera Bomba dan Hazmat yang canggih dan berteknologi tinggi serta mempunyai keupayaan mengawal sebarang kecemasan pada masa hadapan.

“Dengan kerjasama yang erat antara pihak Bomba Negeri Sembilan dengan pasukan Bomba dan Hazmat Cenviro maka diharap keselamatan semua pihak akan terjaga dengan baik,” kata Veerapan yang juga ADUN Repah.

Show More

Related Articles

Back to top button