CHA: Sektor perikanan laut kekurangan pekerja tempatan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian (JKP PKKP) Bil.21 Tahun 2025.
Cha berkata, mesyuarat telah mendengar pembentangan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tentang isu pekerja asing di sektor perikanan.
Timbalan Ketua Setiausaha KDN dan Setiausaha Bahagian Pekerja Asing telah memberikan penjelasan dan menjawab soalan-soalan yang kami kemukakan.
Penglibatan KDN dan JIM dalam sektor perikanan laut dalam amat mustahak kerana sektor ini menghadapi kekurangan pekerja tempatan, dan terpaksa mengambil pekerja asing.
“Baru-baru ini, kami telah mengadakan sesi libat urus dengan NEKMAT, MFIGA dan JARING pada 7 Oktober 2025.
“Selepas itu, sesi dengan Jabatan Perikanan Malaysia telah diadakan pada 9 Oktober 2025.
“Sesi dengan NGO yang berkaitan dan Jabatan Perikanan akan diteruskan selepas ini.
“Kami mengambil maklum bahawa banyak masalah yang perlu ditangani satu per satu agar sektor perikanan kita kekal relevan dan boleh mengekalkan SSR pada 90 peritus,” jelas Cha.
Turut terlibat dalam mesyuarat ini ialah Ahli Parlimen Selangau, Edwin Anak Banta; Ahli Parlimen Sungai Besar, Dato’ Muslimin Yahaya; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid; Ahli Parlimen Beruas, Dato’ Ngeh Koo Ham; Ahli Parlimen Tanjung Piai, Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr.Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Roslan Hashim yang merupakan anggota-anggota JKP PKKP ini.




