BELANJAWAN 2026: Belanjawan rakyat keterjaminan makanan negara terus diperkukuh

Alhamdulillah, Bang Mat menyambut baik pembentangan Belanjawan 2026: Belanjawan Rakyat oleh YAB Perdana Menteri yang memberi tumpuan besar kepada sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.
Melalui belanjawan ini, kerajaan memperuntukkan RM6.87 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), meningkat 7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ini bukti jelas komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan rakyat terus menikmati bekalan makanan yang cukup, selamat dan mampu milik.
Antara inisiatif penting termasuk:
RM2.62 bilion subsidi dan insentif pesawah, termasuk kenaikan kadar insentif dan tambahan Insentif Penuaian Padi.
RM55 juta untuk pengusaha buah-buahan tempatan seperti nanas, jambu air dan limau bali.
Elaun sara hidup nelayan hingga RM300 sebulan dan diesel bersubsidi dikekalkan.
Projek besar seperti Pemindahan Air Jeniang dan Sistem Pengairan Tersier MADA diteruskan bagi menyokong lima musim penanaman padi dalam dua tahun.
RM1.1 bilion pembiayaan Agrobank bagi bantu usahawan tani mengembangkan perniagaan serta menggalakkan automasi pertanian.
Bang Mat yakin, Belanjawan 2026 ini akan terus memperkukuh keterjaminan makanan negara, menjamin kesejahteraan petani, nelayan dan usahawan tani, serta menjadikan sektor pertanian semakin moden, mampan dan berdaya saing.
Dato’ Seri Mohamad Sabu (Bang Mat)
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan



