Berita
Cha sumbang RM43,090 kepada SJKC Kg Baru Rahang
RASAH: Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM43,090 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Baru Rahang.
Cha berkata, sumbangan tersebut adalah bertujuan bagi membantu pihak sekolah membeli perabot seperti kerusi meja baru murid.
Sumbangan tersebut diserahkan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren kepada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Puan Lee Ming Huey.
Gunasekaren turut mengucapkan terima kasih kepada Cha yang sentiasa prihatin akan keperluan sekolah di kawasannya.