Berita
Cha ziarah pendidik kelas PPKI

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin telah turun padang bagi menziarahi Encik Mohamad Nizam yang merupakan seorang pendidik.
Cha berkata, Encik Mohamad Nizam merupakan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) San Min.
“Ziarah ini dilakukan adalah kerana beliau mengalami kecederaan dalam pertandingan bola baling.
“Saya sudah berniat nak menziarahinya selepas mengetahui kecederaan beliau.
“Encik Nizam juga merupakan PPM yang sangat komited dan tabah dalam melayani telatah anak-anak kelas PPKI.
“Saya berdoa supaya beliau kembali pulih segera dan boleh menjalankan tugas seperti biasa,” kata Cha.



