Berita

D’Palong Offroad Challenge mampu jadi sukan Negeri Sembilan

PALONG: Program D’Palong Offroad Challenge Jempol 2025 mampu menjadi sebuah sukan di Negeri Sembilan.

Exco Belia dan Sukan, Dato’ Mustapha Nagoor berkata, ini kerana program yang diadakan di tengah ladang kelapa sawit Felda Palong 6 ini mampu menarik penyertaan daripada pelbagai negeri.

“Ia boleh berkembang menjadi ikon sukan Negeri Sembilan.

“Di samping menarik lebih ramai pengunjung ke daerah Jempol.

“Program sukan lasak 4×4 ini bukan setakat mempamerkan kehebatan jentera masing-masing.

“Malahan ia turut memerlukan semangat setiakawan dan kekentalan semasa mengharungi cabaran di sepanjang laluan yang ekstrim,” kata Mustapha.

Show More

Related Articles

Back to top button