BeritaProgram

Eksplorasi Seni Budaya Siri Empat Kategori Sekolah Rendah kembali lagi

Adakah anak anda pelajar berumur tujuh hingga 12 tahun?
Inilah peluang untuk mendapatkan merit PAJSK sambil menambah pengetahuan seni budaya negara.
Jom uji pengetahuan anda bersama kami.
Tarikh Penyertaan: 1 – 31 Julai 2026
Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan warganegara Malaysia
Jawab soalan berkaitan seni, budaya, warisan & adat resam
Menangi hadiah wang tunai sehingga RM400.00
Hadiah Menarik:
Johan – RM400.00
Naib Johan – RM350.00
Ketiga – RM300.00
Keempat – RM250.00
Kelima – RM200.00
Tempat ke-6 hingga ke-10 – RM50.00
Sagu hati (8 pemenang) – Bahan penerbitan JKKN
Keputusan diumumkan setiap 15 haribulan dan boleh disemak melalui portal rasmi JKKN.
Makluman buat semua peserta, surat pengiktirafan PAJSK oleh KPM akan dikeluarkan hanya setelah empat siri kategori sekolah tamat.
Memandangkan siri sekolah rendah berakhir pada Julai 2026, surat-surat tersebut akan di-emel kepada peserta dan sekolah selewat-lewatnya pada awal September 2026.
Mohon pastikan e-mel telah diisi bagi tujuan penghantaran surat tersebut ya.
Sijil penyertaan merangkumi peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah mengikut julat markah yang diperolehi.
Peserta boleh memuat turun sijil masing-masing di dashboard peserta sebaik sahaja selesai menjawab. Tahap capaian anda akan dipaparkan terus pada sijil tersebut.
Jangan lepaskan peluang ini untuk meneroka seni budaya negara dan buktikan kehebatan anda.
Show More

Related Articles

Back to top button