Berita

GISB: Tindakan diambil setelah perolehi keputusan

PORT DICKSON: Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan terhadap ajaran sesat GISB Holding Sdn Bhd (GISB) setelah memperoleh keputusan daripada pihak berwajib.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.

“Setelah selesai siasatan nanti baru kita akan mengambil tindakan.

“Paling lewat hari Khamis kerana waktu itu kita akan mendapat keputusan setelah mendapat perkenan daripada DYMM Tuanku Muhriz dan juga Undang Yang Empat,” kata Aminuddin.

Dalam pada itu, Aminuddin turut memuji Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Bahagian Penguatkuasaan kerana menjalankan tugas dengan cepat.

“Tahniah dan syabas kepada mereka kerana berjaya mematahkan satu lagi ajaran sesat di Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Ini menunjukkan bahawa penguatkuasaan di peringkat negeri berjalan dengan sangat baik,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button