BeritaMenarik

Google setuju melabur RM9.4 bilion di Malaysia

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyambut baik satu lagi pengumuman pelaburan langsung asing ke Malaysia.

Anwar berkata, Google iaitu sebuah syarikat teknologi utama dunia mengesahkan komitmen pelaburan sebanyak USD2 bilion (RM9.4 bilion) bagi menyokong agenda Kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara.

Pelaburan ini dijangka akan membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar USD3.2 bilion dan pewujudan sebanyak 26,500 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.

“Pelaburan terkait pusat data yang pertama bagi Google di Malaysia dan pembangunan rantau Google Cloud ini adalah bukti bahawa perencanaan Kerajaan yang jelas selain kekuatan ekonomi dan sumber negara menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur sedia ada dan baharu.

“Nescaya, ini meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama dalam penggunaan dan perkhidmatan sokongan bagi perkhidmatan berteraskan teknologi digital.

“Dalam pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei yang lalu, saya telah tekankan bahawa selain dukungan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara umum, kerjasama strategik perlu ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian.

“Ini penting bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan kemahiran dan pendekatan berteraskan teknologi terkini.

Show More

Related Articles

Back to top button