PUTRAJAYA: Pada 2 Mac 2023, Amazon Web Services (AWS) mengumumkan pelaburan berjumlah RM25.5 bilion (USD6 bilion) di Malaysia.
Justeru itu, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi AWS, diketuai Naib Presiden Global Public Policy AWS, Encik Michael Punke.
“Dalam pertemuan ini saya dimaklumkan mengenai status kemajuan pelaburan AWS di Malaysia yang diumumkan tahun lalu berjumlah RM25.5 billion untuk tempoh 15 tahun bermula 2023.
“Ini antara lain melibatkan pembangunan pusat data di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, yang berjalan mengikut perancangan.
“Sayugia, Malaysia mengalu-alukan pelaburan dan kerjasama strategik AWS dalam menyokong ekosistem transformasi digital terkini seperti Cloud Computing, Internet of Things (IoT), 5G dan Generative Artificial Intelligence (AI).
“Ini penting bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus perdana kemajuan teknologi terkini setanding dengan negara-negara maju yang lain,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.