Berita

Negeri Sembilan terima pengiktirafan antarabangsa

GENEVA: Kerajaan Negeri Sembilan telah menerima pengiktirafan antarabangsa melalui Program Advokasi dan jangkauan di ‘World Summit on the Information SOciety’.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Negeri Sembilanm menjadi juara bagi kategori 5 iaitu ‘Action Line C5-Membina Keyakinan dan Keselamatan dalam Penggunaan ICT’.

“Saya berasa bangga serta terharu dengan kejayaan yang dicapai ini.

“Kejayaan yang dicapai ini sudah tentu merupakan satu pengiktirafan besar dunia kepada Malaysia khususnya Negeri Sembilan dalam inisiatif yang dibangunkan oleh (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya Orang Asli di Negeri Sembilan.

“Pencapaian tertinggi ini juga membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dan MCMC bagi mengatasi jurang dan meningkatkan literasi digital di kalangan penduduk, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman seiring memacu Gerbang Digital Negeri Sembilan.

“Saya menzahirkan ucapan penghargaan dan syabas kepada pihak yang terlibat dalam program ini terutamanya MCMC Negeri Sembilan kerana telah berjaya mengharumkan nama Negeri Sembilan di peringkat antarabangsa.

“Saya berharap kejayaan ini dapat memberikan inspirasi kepada semua terutama komuniti di Negeri Sembilan dalam memanfaatkan Internet kepada tujuan kebaikan dan memperkasakan masyarakat digital di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button