BeritaMenarik

FedEx luaskan perniagaan di Malaysia

PUTRAJAYA: FedEx Corporation (FedEx) telah mengemukakan cadangan bagi memperluaskan perniagaan di Malaysia.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan dan Antarabangsa FedEx, Richard Smith dan rombongan.

Anwar berkata, FedEx adalah syarikat multinasional dalam bidang pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1993.

“Kemudahan yang dimiliki FedEx di Malaysia kini melaksanakan lebih 30 penerbangan dalam seminggu dengan menghubungkan industri tempatan kepada rangkaian global mereka di 220 buah negara dan wilayah.

“Dalam pertemuan ini, FedEx memaklumkan cadangan pengembangan perniagaan mereka terutamanya yang melibatkan kemudahan sedia ada di beberapa lapangan terbang di Malaysia.

“Saya juga mendapat maklumbalas positif terkait dengan pendekatan Kerajaan dalam menterjemah agenda Ekonomi MADANI yang digagaskan.

“Antara lain, FedEx melihat cadangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai satu lonjakan kerjasama pertumbuhan ekonomi masa hadapan yang perlu dimanfaatkan,” kata Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button