BeritaMenarik

ERAT Negeri Sembilan sediakan peruntukan RM460,000 untuk aktiviti perpaduan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menyediakan peruntukan RM460,000 di bawah insiatif ERAT Negeri Sembilan untuk aktiviti perpaduan di peringkat Rukun tetangga dan NGO.

Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, YB Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berharap peruntukan dana ERAT dapat meningkatkan semangat dan memperkasakan komuniti setempat di Negeri Sembilan.

Tengku Zamrah berkata demikian di Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sembilan 2024 yang berlangsung di D’Tempat Country Club, Sendayan.

Sementara itu, pelbagai pengisian program telah disediakan dan saya percaya bahawa ianya merupakan antara platform yang amat penting untuk membina dan menyemarakkan semangat Malaysia Madani dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan agama, kaum, etnik dan budaya.

“Penglibatan JPKK, Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk, Jawatankuasa Surau, persatuan-persatuan yang mewakili rumah ibadat selain Islam yang turut hadir pada program ini telah memainkan peranan besar untuk melengkapi peranan Kerajaan Negeri dalam memberi perkhidmatan sosial kepada masyarakat.

“Peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin komuniti di setiap entiti organisasi di lapangan adalah sangat besar demi menjaga keharmonian dan keselamatan komuniti setempat.

“Semoga detik-detik perpaduan dan jalinan persaudaraan yang disemai, dapat menyemarakkan lagi patriotisme, cintakan negara dan kenegaraan sempena Sambutan Minggu Perpaduan pada kali ini,” ujar Tengku Zamrah.

Show More

Related Articles

Back to top button