BeritaMenarik

Enam pengendali rangkaian mudah alih tawar kemudahan internet bersepadu

KUALA KUBU BHARU: Sebanyak 102 buah menara telekomunikasi bakal ditingkatkan liputan rangkaian daripada empat kepada enam pengendali rangkaian mudah alih (MNO).

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil berkata, perkara ini telah beliau perjuangkan dan janjikan sejak tahun lepas.

“Usaha ini adalah bukti komitmen Kementerian Komunikasi dan semua MNO iaitu Celcom Digi, Maxis, U-Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications dalam menyediakan liputan perkhidmatan internet.

“Sepanjang tempoh pengujian ini, penambahbaikan pada rangka kerja akan dilaksanakan secara berterusan berdasarkan maklum balas yang diterima setiap MNO.

“Di bawah Kerajaan MADANI, usaha kami tetap buat kemaslahatan rakyat,” kata Fahmi di Majlis Pra Pelancaran Rangka Kerja Perkongsian Rangkaian dan Infrastruktur semasa di Kuala Kubu Bharu tempoh hari.

Show More

Related Articles

Back to top button