Berita

Gunasekaren santuni masyarakat Seremban Jaya Fasa 6

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren meluangkan masa beramah mesra bersama masyarakat setempat di kawasan simpang Seremban Jaya Fasa 6, di sini, dalam suasana mesra dan santai.

Gunasekaren berkata, kunjungan itu bertujuan untuk mendekati rakyat serta memahami secara langsung realiti dan keperluan masyarakat di lapangan.

“Pendekatan turun padang seperti ini penting bagi saya untuk mendengar sendiri pandangan, aspirasi serta cabaran yang dihadapi rakyat di kawasan Seremban Jaya.

“Saya turut berinteraksi dengan peniaga tempatan termasuk Encik Amir, pemilik kedai tebu dan kelapa, selain bertemu Encik Haji Mohd Esa yang juga Pengerusi Masjid Saidatina Khadijah, Seremban Jaya Fasa 4.

“Pertemuan ini juga dimanfaatkan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman hidup, khususnya berkaitan usaha gigih serta pengorbanan yang perlu ditempuhi dalam membina kejayaan.

“Setiap kejayaan memerlukan kesungguhan, kesabaran dan pengorbanan. Saya berharap perkongsian ini dapat memberi motivasi, khususnya kepada golongan peniaga dan masyarakat setempat,” katanya.

Gunasekaren menegaskan komitmennya untuk terus mendekati rakyat dan memperkukuh hubungan antara pemimpin dan komuniti demi kesejahteraan bersama.

Show More

Related Articles

Back to top button